Pengenalan Internet & Email

11 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Ogos 2019, seramai 7 orang pelajar telah menyertai Kelas ICT Pengenalan Internet dan Emel di Pusat Internet Tebelu. Kelas tersebut memberi panduan dan bimbingan kepada para peserta mengenai internet dan emel. Para peserta didedahkan dengan kebaikkan dan fungsi internet di samping cara-cara untuk melayari internet dengan selamat. Para peserta juga diberi bimbingan untuk membuat emel peribadi dan telah diajar menghantar, menerima dan membalas emel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali